Sunday, October 17, 2010

KURUS UNTUK JADI LEBIH SIHAT 2010

Lama dah ju tak tulis blog. Sibuk memanjang aje...dengan diri, suami, anak2 dan kerja.  Kali ini ju lebih nak cerita tentang pertanyaan semua orang yang ju sekarang dah nampak kurus....! Macamana ju boleh kuruskan badan? Makan apa?

Sejarah untuk menguruskan badan ni bermula dari bulan Jun sewaktu ju dan suami menjalankan ujian The Malaysian Cohort di HUKM untuk menguji tahap kesihatan keseluruhan badan ju... Menariknya ujian ini dibuat menyeluruh kepada termasuklah ujian antropometry, urine and blood taking, body composition analysisi dan blood pressure dan ECG dan sprimometry...

Hasil ujian tersebut terbukti Obesity Diagnosis...extremely Obese...kolestrolpun terlebih jugak...So nasihat doktor agar ju kuruskan dan target weight yang dicadangkan adalah 55.2kg berbanding pada ketika itu 83.5kg....Alamak banyaknya kena turunkan berat badan ni....28.3kg kena turun....untuk jadi SIHAT....

Bermula dari situ...ju berazam untuk turunkan berat badan untuk jadi lebih sihat memandangkan usiapun dah hampir 40 tahun...so memang berisiko kalau ju tak turunkan berat badan dari sekarang.

Ju banyak dapat sokongan daripada kekawan...Safwati...banyak bagi tips untuk sentiasa fokus dalam menguruskan berat badan...Cik Lee pulak ajar ju untuk ubah cara pemakanan terutama menukar minyak masak kelapa sawit kepada olive exra virgin oil dan lain2 minyak yang lebih selamat seperti biji bunga matahari, soya, jagung dan sebagainya...senaman mesti dijalankan sekurang2nya 3 kali seminggu 20 minit untuk setiap kali senaman...berpuasa wajib,sunat dan ganti....bulan rejab, syaaban, ramadan,syawal, isnin khamis....minum air banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari...tukar corak pemakanan kepada lebih protin dan sayur-sayuran...kurang makan nasi....dan buat maispa...bersama Cik Pang Chin Chee....dan sekarang berat badan 68kg......

Nampak macam mudah nak turun berat....tetapi sebenarnya....sangat mencabar...untuk mengubah pemikiran dan corak kehidupan dari yang kurang sihat kepada yang lebih sihat.....Harapan ju agar usaha murni ini akan mencapai target ju iaitu 58kg walaupun yang disarankan oleh doktor 55.2kg....(kurus sangat tu...tak cantik la pulak..yang penting 58 itu dalam BMI yang normal)

Terima kasih kepada semua kekawan terutama Yan kerana banyak bagi dorongan untuk kuruskan badan...

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU ~ 9 Mei 2010 (Ahad)

Ju teringat dengan guru ju (seorang guru lelaki India) masa di sekolah rendah...Ketika itu dia memarahi dan dia menampar murid lelaki tersebut kerana mengasari murid perempuan...katanya yang ju ingat sehingga hari ini.."PEREMPUAN ITU ADALAH IBU" Oleh itu lelaki tidak boleh mengasari perempuan kerana pada satu ketika nanti dia akan menjadi IBU. 

Sebenarnya setiap kali berkenalan dengan lelaki semasa remaja ju, ju membuat penilaian lelaki yang baik adalah lelaki yang menghormati perempuan itu seperti seorang IBU....Susah nak jumpa kan? Tapi bila kita berharap, bila kita berdoa, bila kita nak...Allah akan beri kita...dengan syarat kita yakin pada Nya. Jawatan IBU tiada sempadan bagi seorang perempuan...biarpun masih belum berkahwin, ataupun sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak, dalam proses mengandung atau telah mempunyai anak.

Ada perempuan yang menjadi IBU disebabkan dia mempunayai anak,anak angkat, anak tiri, anak saudara, guru atau sebagainya.... Istimewanya seorang IBU ini diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dan cabaran dalam membimbingan anak-anak kerana rasa adanya kasih sayang terhadap anak-anak.  Sebuah buku yang dibeli oleh suami ju ...adalah bertajuk "Dasyatnya Doa IBU" telah ju baca dan di dalamnya membuatkan ju melihat kehebatan kata-kata IBU yang boleh menggegarkan kehidupan anak-anak di dunia dan akhirat.

Tidak ada seorang IBU yang suka dan gembira jika anaknya tidak boleh membaca, tidak pandai, malas, degil, sakit dan sebagainya...tetapi apalah kuasa dan daya seorang IBU...hanya boleh berusaha dan berdoa dan yang menentukan segala-galanya adalah Allah...Kekadang kita selalu berkata...ini mesti sebab ibu tidak mengambil berat, ibu tidak mengajar anaknya atau sebagainya.... Mungkin ada sebahagian yang benar bersikap begitu tetapi ramai juga yang tidak bersikap begitu.....sama ada ibu bapa didik anaknya atau tidak ...bukanlah  penentu yang anaknya menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat....Itulah lemahnya insan yang merupakan hamba Allah tidak mempunyai kuasa ke atas anak-anaknya....Hanya Allah yang Maha Berkuasa...Allah nak kita...memohon kepadanya...dengan penuh rendah diri dan tak berdaya hanya mengharapkan ihsan dan rahmat Allah semata-mata bagi menunaikan hajat dan keinginan kita...

Ju dengan rasa rendah hati mengucapkan Selamat Hari IBU kepada semua IBU2 (semua perempuan yang hebat di luar sana) untuk belajar menjadi IBU yang tabah menghadapi ujian dan cabaran yang Allah berikan kepada kita semua...Semoga ANUGERAH yang Allah berikan kepada kita ini (iaitu anak yang baik mendengar kata ataupun anak yang nakal susah mengikut kata, ataupun anak yang berjaya mendapat peperiksaan yang cemerlang ataupun anak yang gagal dalam semua peperiksaan ataupun anak yang mempunyai kelebihan ataupun anak yang banyak kekurangannya) akan menjadikan kita pula sebagai ANUGERAH yang teristemewa kepada anak-anak kita...

Buat mak ju (Wan Saliah bt Wan Ismail) dan mak mertua ju (Aminah bt Mat), terima kasih kerana menerima ju seada-adanya...dan ju tak mampu menjadi sehebat mak biarpun ju cuba sedaya upaya ju.  Ju amat memerlukan kasih sayang mak untuk sentiasa mendoakan agar ju dan keluarga ju menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat... Ju sekeluarga sangat sayang Mak...Terima Kasih Mak....Mak adalah ANUGERAH teristemewa yang Allah beri pada JU dan keluarga...

Friday, April 30, 2010

BUKU ~ KEMBARA ATIQ WAZIF SATU ANUGERAH

Buku ini terbitan Galeri Ilmu yang ditulis oleh ayah Atiq Wazif iaitu En. Hasan Suyut.  Mengisahkan tentang kasih seorang ibu, pengorbanan seorang bapa dan kecekalan seorang anak.

Ju tertarik untuk membeli buku ini kerana....apa-apa aje buku mengenai anak istemewa memang ju berminat untuk membeli.  Setelah membaca buku ini...seoleh-olah rasanya, perasaannya, pengalamannya sama seperti yang ju rasa bersama alimi...menakjubkan...walaupun ada diantara pengalamannya kami suami isteri tidak mampu untuk pergi sejauh yang dilakukan oleh En. Hassan....

Buku ini merakamkan ketabahan seorang anak kecil yang menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketakutan dan keberanian untuk mengharungi rawatan yang menyakitkan...Bayangkan 4 tahun pertamanya dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering.  Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata.  7 pakar perubatan terbaik negara mengatakan "jangan berharap". Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya.  Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.

Kembara Wazif disulami kisah suka-duka yang mewarnai kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak.  Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah rdhai.  Kisah alam mistik perubatan Melayu juga turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama....

Ju mencadangkan kepada ibu dan bapa yang mempunyai anak istemewa membaca buku ini...kerana ianya boleh memberi motivasi kepada pembaca untuk membantu anak istemewa seperti ini... Bagi yang tidak mempunyai anak istemewapun ju galakan agar membacanya...sebab ianya menyebabkan kita bersyukur dengan sebarang Anugerah yang Allah beri kepada kita....

Pesanan : Jika kekawan berminat untuk membaca buku ini boleh pinjam dengan ju....Selamat Membaca!

Friday, April 9, 2010

HIDROTERAPI DI HKL

SEMASA MENUNGGU DI KAUNTER PENDAFTARAN DI UNIT PEMULIHAN CARA KERJA

APA LAGI...ALIMI DO YOUR BEST..!



Ini salah satu aktiviti yang perlu Alimi hadiri iaitu hidroterapi.  Alimi perlu menghadiri aktiviti ini dalam sebulan 2 kali iaitu pada hari Jumaat pukul 2.45 hingga 4.00 petang.  Yang menariknya, Alimi memang suka bila aktiviti ini dijalankan...tengok ajelah aksinya di kolam renang ni....semangatnya berkobar2....itu yang Ju suka bila dia buat latihan di sini...tak penat langsung walaupun berbagai aktiviti yang diajar oleh juru pulih cara di sini.  Biasanya Ju akan turun ke kolam ini bersama Alimi sebab Alimi tak nak orang lain ajar dia...tapi hari ini dia tak kesahpun Ju ada ke tak ada...enjoy aktiviti yang dia buat..lagipun hari ini ramai pulak juru pulih cara....selamat berlatih tangan dan kaki Alimi....chayo! chayo! Alimi....

Saturday, March 27, 2010

JAUHNYA PERJALANAN HARI INI......

Hari ini, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersiap sedia untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja suami di Felda Rodong, Segamat, Johor dengan menaiki bas TUDM.  Itulah yang menyebabkan perjalanan kami sekeluarga bertambah adventure...ni. Melihat ragam anak-anak naik bas... Maklumlah dah lama ju tak naik bas semenjak bujang dan 3 tahun pertama perkahwinan (masa tu belum beli kereta lagi) Letihnya...melayan kerenah anak bila berhenti di R&R dan dalam bas.  Perjalanan  dari rumah bermula 8.30 pagi dan sampai semula di rumah pada pukul 5.30 petang.  Apa-apapun...pengalaman yang cukup menarik untuk dijadikan kenangan buat kami sekeluarga.

Lagi satu, ju tertarik dengan menu makanan untuk majlis perkahwinan ini...iaitu nasi ayam + daging masak hitam... Masakannya sedap, sederhana, mengenyangkan, kami semua suka, dan rasanya amat menjimatkan!  Dalam situasi gawat ni...mungkin inilah menu yang terbaik dan sangat sederhana...yang datang semua kenyang dan tujuan datang kan untuk meraikan pengantin..tercapai..Apa lagi kawan2 yang masih bujang boleh gunakan cadangan menu perkahwinan ini....

Monday, March 22, 2010

PAMERAN BUKU 2010 DI PWTC




Pada hari Ahad yang lalu Ju, Nor, Hakim, Alimi & Adibah...pergi melihat tempat Nor akan berkursus di BTN iaitu Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam.  Lepas tu kami ambil keputusan untuk ke pameran buku di PWTC...ramainya orang beb.... Penuh sesak nak parkirpun...seksa...nasib baik dapat parkir gak di situ...

Meriahnya suasana terutama di bahagian karangkraf...yang lain tu macam biasa aje...Ju beli 2 buku tentang kewangan yang bertajuk : Ke Mana Wang Anda? yang ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir dan satu terbitan istimewa Mingguan Wanita yang bertajauk Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang.  Sebuah lagi buku untuk anak-anak bertajuk Apa Bakat Saya? terbitan PTS dan satu buku motivasi bertajuk Keramat Seorang Ibu.

InsyaAllah jika ada kelapangan ju boleh tulis tentang buku-buku ...ulasan dan apa yang menarik tentang buku yang ju pernah baca ...buat renungan kita bersama.  Bagi yang mengenali ju...kalu nak pinjam boleh...jangan lupa pulangkan balik dah habis baca...

CELEBERAL PALSY - KATEGORI KAD OKU ALIMI







Sepanjang ju menulis tentang Alimi..ju tak pernah jelaskan masalah dan penyakit Alimi sehingga dia dikategori sebagai CP dalam kad OKUnya yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Mungkin tak ada kekuatan nak tulis tentang penyakitnya...tapi sekarang ju dah ok dan terima Alimi seada-adanya...Harap catatan ini dapat menjadi panduan bagi ibu-ibu lain.

Alimi dilahirkan cukup bulan pada 16 Julai 2006 di PPUM Kuala Lumpur hari Ahad.  Tidak ada masalah ketika melahirkan Alimi.  Bagaimanapun seminggu selepas Alimi dilahirkan, Alimi didapati demam kuning sehingga memaksa dia dan ju tinggal di hospital Ipoh selama seminggu.  Segalanya berjalan lancar sahaja sehingga umurnya 3 1/2 bulan....

Pada suatu malam Alimi menangis tak berhenti-hanti dari malam sehingga ke pagi.  Esoknya ju pergi ke sekolah meminta tolong Ustaz Abdul Rahman untuk melihat Alimi...risau takut tersampuk ke...benda2 ghaib ni kan memang ada...so ju usaha sahaja.  X cukup dengan tu takut gak kena angin pasang sebab abang longnya pun pernah kena angin pasang...balik kg berubat angin pasang...kemudian dia demam lak...kami pergi ke klinik swasta...dia beri ubat...Alimi makan ubat...suhu panas kejap tinggi kejap rendah kejap tinggi kejap rendah...malam tu...Alimi kena sawan....kami terus bawa dia ke Hospital Serdang...doktor memindahkan Alimi ke Hospital Kuala Lumpur memandangkan pakar bidang Nuero tak ada di situ...keesokkan malamnya kami naik ambulans ke HKL...dan bermulalah perjalanan yang panjang kami berdua di HKL....iaitu selama 44 hari di sana...

Bermula di unit peadetrik....di ICU unit selama 5 hari berpindah ke wad biasa di KK2 dan  doktor  mengambil air tulang belakangnya untuk mengetahui penyakitnya...kami suami isteri berserah...segalanya..kepada Allah...semoga dengan kepakaran doktor dapat membantu Alimi.

Operation pertama dijalankan untuk membuat 2 lubang pada tempurung Alimi bagi mengeluarkan cecair CFS (cecair yang melitupi otak manusia) yang didapati keruh tanda jangkitan kuman. Kuman yang menyerang otaknya adalah Meningjitis (Virus Influinza Tybe B)  2 tuib diletakkan bersilang di kanan dan kiri bahagian atas otaknya bersambung dengan beg untuk menakung CFS yang tercemar itu keluar.  Proses ini memakan masa 7 hari sehingga doktor pastikan CFSnya bersih.

Walaubagaimanapun...selepas MRI, Scane dan berbagai ujian lain dibuat...ada masalah lain yang timbul akibat jangkitan kuman diotaknya.  Alimi didapati menghadapi hidrosefeles (iaitu aliran CFS di otaknya tersumbat maka memberi tekanan yang tinggi kepada otaknya...) matanya hitamnya makin lama makin turun ke bawah...(sunset eyes).

Akibat dari itu, doktor menjalankan operation kali ke-2 untuk membuat Omaya di atas dahi di bahagian kanan.  Bila cecair CFS terlalu banyak dan memberi tekanan pada otak...maka dokor akan mengeluarkan CFS melalui Omaya dengan cara mencucuk picagari...dan mengeluarkan seberapa banyak yang perlu.  Amat tidak menyelesakan ju sampai ju pengsan masa tengok doktor buat macam tu pada Alimi...  Apabila doktor rasa keadaan dah sesuai..maka operation kali ke-3 dijalankan bagi meletakkan VPShunt iaitu sebuah pam yang diletak di bawah kulit dibelakang teringa belah kanan dan pam tersebut disambungkan dengan tiub yang disambungkan ke perut Alimi....2 tebukan dibuat iaitu di kepala dan diperut...dan tiub diletakkan di bawah kulit.  Selain daripada itu Omaya telah dikeluarkan dan tutup.

Amat menakutkan...apatah lagi...ju yang melihat dan menjaganya sepanjang tempoh masa tu.   Di dalam tempoh itu, ju melihat tangan kanannya kurang bergerak...dan tak aktif berbanding tangan kirinya...ju dapat rasakan...pasti ada kekurangnya pada diri Alimi tapi yang pentingnya dia dapat diselamatkan.

Kenapa operation ke-3 ini sangat penting bagi Alimi...Ini adalah disebabkan VPShunt ini adalah alat makenikal yang berfungi meneluarkan CFS yang berlebihan kerana setiap hari CFS baru akan terbentuk dan bagi manusia normal ianya akan keluar melalui saraf tunjang tapi tidak bagi Alimi...Jika operation ini tidak dijalankan doktor memberitahu bahawa Alimi boleh mati akibat tekanan yang kuat dalam otak dan menyebabkan merosakkan keseluruhan otaknya.

Kami sekeluarga melayan Alimi macam biasa...seumurnya 4 bulan dia dah dirujuk ke fisioterapi, ocupational terapi, CP klinik, nuero surgikal, nuero medikal, terapi pertuturan, unit ent (telingat, hidung & tekak) dan mata untuk melihat kekurangannya di mana.  Masa umurnya 2 tahun dia belum boleh duduk dengan baik...bila didudukkan banyaknya boleh terbaring dari duduk.  Kalu dudukpun sengit...aje. 

Alhamdulillah dia boleh mendengar, boleh melihat, boleh bercakap dan kekurangan yang paling ketara adalah dia diketogerikan Spestik Hemipelgia (anggota bahagian kanannya lemah).  Alhamdulillah juga dengan latihan di fisioterapi dan ocupational terapi....tangan kanan alimi boleh digerakkan walaupun tidak sebaik orang lain tetapi sentiasa ada perkembangannya....Biar susah macamanapun ju dan suami cuba ambil ruang untuk hantar dia di sana....  Bab kakinya pula...ju bersyukur dia boleh  berjalan walaupun tidak seperti orang lain...kami dicadangkan untuk unit reheblitasi...bagi membantu kedua-dua kakinya berjalan dengan lebih baik lagi....

Masalah terbesarnya...Alimi suka makan...maka berat badanya selalu naik...itu merisaukan doktor...makin berat badan makin susah nak jalan...apapun ju cuba membantu Alimi.

Doktor juga mencadangkan agar Alimi ke program Hidroterapi sebab dia suka main air...bagi mengaktifkan kaki dan tangannya....aktiviti inilah dia paling suka dan dijalankan 2 kali sebulan.  Pada tahun ini, umur Alimi 4 tahun dan ju berharap agar tahun hadapan Alimi dapat ke sekolah tadika yang berhampiran jika tidak kami akan berusaha menghantar ke pdk yang berhampiran.

Ju mengambil borang untuk membuat kad OKU Alimi bukanlah untuk mendapat manafaat sebagai insan yang bergelar OKU tetapi ianya sangat penting bagi penjawat awam yang mempunyai anak OKU untuk keluar waktu bekerja menghantar anak OKU ini untuk sebarang temujanji di hospital. (Termaktub dalam pekeliling) Ia memudahkan ju dan suami untuk ke HKL bagi sebarang temujanji Alimi.

Apapun kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua doktor yang merawat Alimi di Peaditrik, Jabatan Kaji Saraf, Klinik CP, semua jurupulih bagi aktiviti terapinya, kaum keluarga dan sahabat handai yang memberi sokongan dan kekuatan untuk menghadapi anugerah ini dan yang lebih penting kepada guru besar-guru besar ju iaitu Pn. Zaharah, En. Sukimin dan Pn. Maimoon yang banyak memberi ruang untuk menghadiri temujanji Alimi yang padat ini.  Terima kasih semua kerana memahami dan membantu ju selama ini.

Harapan kami...."Kasih sayang ibu....membawa ke syurga, Kasih sayang ayah ....membawa bahagia" diharap benarlah ungkapan itu terhadap kasih sayang kami kepada Alimi, Rahimi, Anisah, Adibah, Hakimi & Athikah biarpun anak-anak kami banyak kekurangannya dan sangat sedikit kelebihannya.

Saturday, March 20, 2010

MENU HARI INI

Hari ini ju masak laksa dan pencuci mulut jelly mangga konnyaku dan dadih haney dew. Cuaca panas macam ni menyebabkan anak-anak nak sangat makan makanan yang sejuk....Bab laksa pulak...anak-anak suka makan...dah mak ju bekalkan dengan bunga kantan dan daun kesum...dengan tak sabar-sabar jupun masaklah.


Tak makan nasi lah sehari ni...menghadap laksa..(tak taulah laksa Penang ke laksa Kedah ke...susah-susah laksa Jue lah!)  Menunya main hentam aje...main rebus semuanya dengan isi ikan yg telah direbus + cili kering + bawang besar + belacan  = blender.  Letak asam keping, daun kesum, bunga kantan...garam...rebus sampai masak...rasa...rebus...rasa...sampai sedap.  Dah sedap...hidangkan lah.



Jelly mangga konnyaku...ni ju ambil resipi dari Mat Gebu (Dapur Tampa Sempadan).  Ambil resipi lain buat resipi lain.  Nor beli nata de coco perisa mangga dan kita orang masak ikut cara memasak jelly konnyaku dalam kotaknya...jerang aje...pastu...letak nata de coco dan mangga yang didadu ke dalam  "mole" yang baru dibeli di Giant.  Lepas tu sejukkan dan hidangkan.


Dadih Honey Dew...ini pun sama gak.  Baca cara membuatnya di peket dadih ni. Jerang sampai masak semuanya...dan tuangkan dalam plastik bulat kecil dan acuan ketupat...dan sejukkan dalam peti ais dan siap hidangkan dengan nata de coco... Selamat Mencuba!

Thursday, March 18, 2010

UNIT REHABLITASI HKL

Alimi ada temujanji di Unit Rehablitasi HKL kerana alat untuk menyokong kakinya dah siap.  Lama gak nak siap alat ni....lebih kurang 2 1/2 bulan.  Sekarang masa untuk mencuba alat ni untuk melihat kesesuaian pada Alimi...Jom Alim cuba....




Lepas tu....kami bergegas pula ke unit fisioterapi di HKL...Cik Anum dah tunggu Alimi di situ.  Rutin di fisio macam biasa le...tapi kali ni mood baik...so rajin la dia buat aktiviti...chayok...Alami!


Seronok tengok Alimi ada mood nak buat aktiviti.....

BALIK KAMPUNG MASA CUTI SEKOLAH BULAN MAC



Kampung Taman Meru, Ipoh, Perak

Kg Kubang Jambu, Lenggong, Perak

Kami sekeluarga balik ke kg di Lenggong dan Ipoh....mulai 13/3/10 hingga 16/3/10.  Penat gak maklumlah balik dalam tempoh 4 hari sahaja untuk ke 2 kg (Taman Meru, Ipoh pun kita kg gak...walaupun tak ada rupa kg)  Tak banyak gambar ju ambil...kerana tak banyak aktiviti yang kami buat di kg...cuma nak melawat ibu bapa di kg dan berikan pengalaman seronok balik kg untuk anak-anak.

Cuti sekolah bulan Jun balik kg lagi.....atau bercuti di Kelantan Darul Naim.

Friday, March 5, 2010

ALIMI BUAT PERANGAI







Gelagat Alimi yang serba tak kena semasa pergi ke fisioterapi.

Semua aktiviti yang perlu dijalankan di situ dia buat tak reti aje. Tak nak buat....buat macam tak larat aje...padahal sihat walafiat aje....manja!

Setiap kali pergi ke HKL semua aktiviti yang perlu dia buat, ju adalah jururawat, jurupulih anggota, jurupulih cara.....Dia tak nak buat jika orang lain yang ajarkan kecuali orang tersebut pandai ambil hatinya. Maka ju terpaksa belajar semua aktiviti tersebut dan ju yang bantu dia menjalankan aktiviti yang perlu dia buat termasuk Hidroterapi di kolam renang. Letih gak tapi enjoy gak boleh belajar macam-macam.

Rasanya kalu ju dah tak larat nak kerja jadi guru...pasti ju buka pusat rawatan mcm ni menbimbing dan mengajar senaman untuk anak-anak yang macam Alimi. Ju rasa bahagia Allah beri Alimi pada ju. Biarpun berat mata memandang berat lagi bahu memikul, ju tetap percaya segalanya pasti ada hikmah dan enjoy diri ju menghadapi segalanya....

Bagi kekawan yang menghadapai masalah yang sama...ju faham dan mengerti perasaannya....menjadi ibu kepada anak yang istimewa....biarpun nampak hilai tawa mengukir senyuman dibibir tetapi di dalam hati....sesekali sedih pasti terasa....kerana mencabarnya menjaga anak seperti ini. Masalah masa bekerja perlu pergi temujanji di HKL dan temujanji yang amat memenatkan dari sekolah ke HKL dan balik ke sekolah serta urusan di rumah dan keluarga yang perlu dibereskan.

Anak seperti Alimi menuntut masa yang panjang bagi membantu perkembangannya....tetapi dalam masa yang sama masa bagi anak-anak lain juga tetap kena ada masanya....itulah yang sukarnya....

Biarpun begitu...semua orang tidak sempurna dan ju serta suami cuba sedaya upaya untuk membantu Alimi untuk menjadikan Alimi seorang yang istimewa dan luar biasa....kerana kekurangannya dan bagi anak-anak kami yang lain ....kami terima seada-adanya walaupun kurang kelebihannya...tanda kami bersyukur kepadaNya.