Buku ini terbitan Galeri Ilmu yang ditulis oleh ayah Atiq Wazif iaitu En. Hasan Suyut. Mengisahkan tentang kasih seorang ibu, pengorbanan seorang bapa dan kecekalan seorang anak.
Ju tertarik untuk membeli buku ini kerana....apa-apa aje buku mengenai anak istemewa memang ju berminat untuk membeli. Setelah membaca buku ini...seoleh-olah rasanya, perasaannya, pengalamannya sama seperti yang ju rasa bersama alimi...menakjubkan...walaupun ada diantara pengalamannya kami suami isteri tidak mampu untuk pergi sejauh yang dilakukan oleh En. Hassan....
Buku ini merakamkan ketabahan seorang anak kecil yang menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketakutan dan keberanian untuk mengharungi rawatan yang menyakitkan...Bayangkan 4 tahun pertamanya dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. 7 pakar perubatan terbaik negara mengatakan "jangan berharap". Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.
Kembara Wazif disulami kisah suka-duka yang mewarnai kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah rdhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu juga turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama....
Ju mencadangkan kepada ibu dan bapa yang mempunyai anak istemewa membaca buku ini...kerana ianya boleh memberi motivasi kepada pembaca untuk membantu anak istemewa seperti ini... Bagi yang tidak mempunyai anak istemewapun ju galakan agar membacanya...sebab ianya menyebabkan kita bersyukur dengan sebarang Anugerah yang Allah beri kepada kita....
Pesanan : Jika kekawan berminat untuk membaca buku ini boleh pinjam dengan ju....Selamat Membaca!
Cerite tentang pengalaman sehari-harian yang mencuit rasa yang mengamit perasaan serta mengimbau kenangan.
Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts
Friday, April 30, 2010
Monday, March 22, 2010
PAMERAN BUKU 2010 DI PWTC
Meriahnya suasana terutama di bahagian karangkraf...yang lain tu macam biasa aje...Ju beli 2 buku tentang kewangan yang bertajuk : Ke Mana Wang Anda? yang ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir dan satu terbitan istimewa Mingguan Wanita yang bertajauk Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang. Sebuah lagi buku untuk anak-anak bertajuk Apa Bakat Saya? terbitan PTS dan satu buku motivasi bertajuk Keramat Seorang Ibu.
InsyaAllah jika ada kelapangan ju boleh tulis tentang buku-buku ...ulasan dan apa yang menarik tentang buku yang ju pernah baca ...buat renungan kita bersama. Bagi yang mengenali ju...kalu nak pinjam boleh...jangan lupa pulangkan balik dah habis baca...
Subscribe to:
Posts (Atom)