Wednesday, January 28, 2009

CUTI YANG PANJANG SEMPENA CNY

Cuti sempena Chieness New Year berjalan dengan biasanya buat jue sekeluarga. 4 hari kami habiskan kat rumah aje. Hari Ahad aje pi rumah kawan suami kenduri kahwin. Seronok Alim kalu dapat berjalan. Penat gak sebab kena dukung memanjang aje dan layan anak yang 5 orang lagi yang bermacam gelagat. Jue ambil kesempatang masak kuihlah untuk anak-anak ni...Hari Isnin masak kuih cara manis dan hari Selasa masak kuih seri muka...Hari ini pulak tak masak kuih sebab dari pagi pergi meneman Anis dan Hakim pergi ke RSAT sebab tak sihat. Lepas tu pergi sekolah pulak siapkan buku pengurusan dan minit mesyuarat exco. Siap punya siap....tak tersiap gak sebab dah pukul 2.00 petang kena balik le....pulak. Anak-anak cuti seminggu mak dia kena kerja esoklah pulak......

Saturday, January 10, 2009

JUMPA KAWAN LAMA


Hari Khamis yang lepas, jue terserempak Sarina iaitu kawan yang sama-sama mengajar di sekolah tapi kini dah bertukar di sekolah yang lain. Banyak cerita tentang anak-anak yang kami bincangkan maklumlah kami mempunyai kelebihan yang sama iaitu mempunyai anak istimewa cuma mungkin kekurangnya mungkin tak sama. Bincang punya bincang sebenarnya ujian dan cabaran menjaga, mendidik dan menguruskan anak istimewa sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spiritual. Jue benar-benar kagum dengan semangat dan ketabahan dia dalam menjaga dan menguruskan anaknya Aiman. Jauh disudut hati jue, walaupun jue rasa amat susah menjaga dan menguruskan Alimi rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah dari jue. Jue patutnya bersyukur. Menjaga anak yang normal juga kadang kala mencabar kesabaran jue. Macam-macam kerenahnya. Benarlah Allah itu maha adil...ujian yang Allah beri kepada jue sama aje beratnya dengan ujian untuk orang lain cuma caranya tak sama. Apa yang menyebabkan kita rasa berat ujian itu diberi pada kita sebab kita asyik rasa ujian kita aje. Tetapi jika kita rasa ujian orang lain baru kita tahu....pahit, maungnya...

Monday, January 5, 2009

KERJA SEKOLAH TAK KAN SELESAI




Ini merupakan hari pertama persekolahan dan dah padat dengan bermacam-macam keroje yang perlu disiapkan. Semuaya dateline. Pening kepala. Berserabut kepala. Anak-anak pula inilah masa untuk practice jadual sek kebangsaan dan sek agama termasuk mengaji dan tuisyen. Kelangkabut....tak sempat makan terkocoh kacah....semua ada. Kalu macam ni hakim sure kurus punya. anis & adib tentu tambah kurus lagi...la jawabnya. Oppoiment alim pula dah mula masuk dalam jadual kerja. So penat sikit la bertambah dengan 1 lagi fisioterapinya iaitu hidroterapi setiap hari Jumaat. Harapan jue agar jue dapat mengendalikan urusan suami, anak dan urusan kerja dengan baik, tabah dan bersemangat agar setiap hari yang mendatang adalah hari yang ter.....istimewa buat jue dan keluarga.