Showing posts with label HOSPITAL HKL. Show all posts
Showing posts with label HOSPITAL HKL. Show all posts

Friday, April 9, 2010

HIDROTERAPI DI HKL

SEMASA MENUNGGU DI KAUNTER PENDAFTARAN DI UNIT PEMULIHAN CARA KERJA

APA LAGI...ALIMI DO YOUR BEST..!



Ini salah satu aktiviti yang perlu Alimi hadiri iaitu hidroterapi.  Alimi perlu menghadiri aktiviti ini dalam sebulan 2 kali iaitu pada hari Jumaat pukul 2.45 hingga 4.00 petang.  Yang menariknya, Alimi memang suka bila aktiviti ini dijalankan...tengok ajelah aksinya di kolam renang ni....semangatnya berkobar2....itu yang Ju suka bila dia buat latihan di sini...tak penat langsung walaupun berbagai aktiviti yang diajar oleh juru pulih cara di sini.  Biasanya Ju akan turun ke kolam ini bersama Alimi sebab Alimi tak nak orang lain ajar dia...tapi hari ini dia tak kesahpun Ju ada ke tak ada...enjoy aktiviti yang dia buat..lagipun hari ini ramai pulak juru pulih cara....selamat berlatih tangan dan kaki Alimi....chayo! chayo! Alimi....

Thursday, March 18, 2010

UNIT REHABLITASI HKL

Alimi ada temujanji di Unit Rehablitasi HKL kerana alat untuk menyokong kakinya dah siap.  Lama gak nak siap alat ni....lebih kurang 2 1/2 bulan.  Sekarang masa untuk mencuba alat ni untuk melihat kesesuaian pada Alimi...Jom Alim cuba....




Lepas tu....kami bergegas pula ke unit fisioterapi di HKL...Cik Anum dah tunggu Alimi di situ.  Rutin di fisio macam biasa le...tapi kali ni mood baik...so rajin la dia buat aktiviti...chayok...Alami!


Seronok tengok Alimi ada mood nak buat aktiviti.....

Thursday, January 21, 2010

TEMUJANJI DI OCUPATIONAL THERAPY DI HKL




Hari ni Alimi ke OT untuk buat split kat tangan kanannya....jenuh gak sebab dia bukan suka orang belik-belik tangan ke kaki ke! Sepanjang ju jaga dia....tak pernah dia beri tangan atau kakinya dengan rela...semua kena paksa...

Cuti sekolah yang lalu masa di Reheblitasi untuk buat alat bantuan kakinya...pun macam tu terpaksa doktor beri ubat tidur...supaya senang nak simenkan kakinya untuk dibuat acuan kaki.....letih gila dibuatnya...tapi penat melayan Alimi tak le sampai gila...enjoy tengok telatah dia...

Sambung cerita tentang ke OT...nak bagi ubat tidur tak berbaloi sikit aje....jadi terpaksalah Pn. Anita meminjam tangan budak perempuan yang ada di situ....nak buat macam mana terpaksa...kalu tak bila nak siapnya.....cuma tangan budak perempuan tu kurus...tangan alimi tembab...so sendat sikit la split tangan dia tu....harap-harap boleh pakai lama...kalu ketat sangat kena p buat baru lak....

Tuesday, January 12, 2010

Setengah Hari Di HKL - 12/1/10






Sampai aje di HKL berebut untuk pendaftaran. Siap daftar kena ke untuk Celeberal Palsy Clinic(CP Clinic)untuk booking angka giliran...Dapat je angka giliran terus pi Fisioterapi di tingkat 1 untuk exercise alimi.....aktiviti ni ambil masa 1 jam lebih. Siap kat fisioterapi bergegas naik ke tingkat 2 untuk appoiment di CP Clinic bersama team Dr. Khoo....bincang punya bincang, cerita punya cerita....dah setengah hari ni HKL ni...penat melayan alimi yang dah tak duduk diam memanjang...

Wednesday, June 17, 2009

MINGGU TERAKHIR CIT ALIMI

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi program CIT dia. Bermacam-macam perkara dan peristiwa yang terjadi disepanjang 3 minggu ini. Yang pastinya bab makan alimi memang boleh guna tangan kanannya. Bab lain 2 berat sikit sebab pergelangan tangannya agak lemah...dan tak ada daya untuk angkat barang yang berat. Alimi suka sangat main dengan bola yang boleh kembang kencup ni...tak jemu tapi aktiviti lain...sekejap aje buat dah tergolek...Cik Siha dan Cik Zawiyah memang tak jemu layan kerenahnya. Semalam dan hari ini telah bertambah seorang lagi yang melayannya iaitu Brenden dari University di California. Seronok bermain dan buat aktiviti bersama Brenden sampai termuntah pula Alimi ni. Apa-apapun terima kasih semua kerana telah membantu alaimi begitu juga dengan GB dan Dr. Khoo yang memberi peluang dan ruang untuk menjadikan program ini berjaya dilaksanakan. Tq

Monday, June 8, 2009

Alimi CIT (Contrain Induce Movement Therapy) di HKL






Mulai 1 Jun 2009 hingga 19 Jun 2009 akan berlangsunglah terapi istimewa khusus untuk kanak-kanak terpilih termasuklah Alimi. 5 kanak-kanak dipilih untuk menjalani program ini tetapi 3 daripadanya tidak dapat menghadiri di saat akhir. Alimi akan berada 3 jam setiap hari (kecuali Sabtu & Ahad) untuk menjalankan terapi ini di unit pemulih cara. Akhirnya Alimi dan Idham yang menghadiri program ini. Program ini dikhususkan kepada anak-anak yang menghadapi masalah dengan tangan. Alimi kesnya lemah tangan kanan dan Idham pula lemah kedua-dua tangan. Untuk mengalakkan tangan yang lemah ini digunakan maka tangan yang aktif akan disiminkan untuk menghalang tangan yang aktif memonopoli sebarang aktiviti yang dijalankan. Itulah yang terjadi kepada Alimi dan terbalik pula kepada Idham kerana bukan tangan yang disimin tetapi kedua-dua kakinya yang disimin kerana semua aktiviti termasuk makan, tulis dan sikat rambut digunakan kakinya.

Dah seminggu berlalu, nasib baik cuti sekolah tapi penat gak boleh dikatakan setengah hari duduk di hospital. Sampai awal so sempat buat simulasi tangan di unit fisioterapi dan bergegas pula pukul 9.00 pagi ke unit pemulihan cara untuk CIT sampai pukul 12.00 tgh....macam-macam gelagat. Alimi bab belajar makan pakai tangan kanan ni memang suka..... maklumlah Cik Siha pula belanja makan setiap kali terapi.....ada hari makan jagung, ada hari nasi lemak sampai dah bolehlah Alimi makan dengan tangan kanannya yang kemas gengamannya menyebabkan banyak nasi yang tumpah daripada masuk ke mulutnya. Bila nasi dapat masuk ke mulutnya ....seronoknya Ju tak terkata.....

Di unit pemulihan cara kerja, kanak-kanak diajar untuk buat aktiviti harian yang dia perlu kuasai contohnya makan, minum, pakai baju, ambil barang, butang baju dan lain-lain tetapi di unit fisioterapi pula Alimi diajar untuk aktiviti asas untuk menguatkan tangan dan kaki secara umumnya sahaja. Kedua-dua aktiviti ini saling berkait dan perlu untuk memulihkan tangan dan kaki Alimi. Ju tak harap Alimi akan sama dari semua segi dengan kanak-kanak lain....tetapi sekurang-kurangnya ju dan suami akan sedaya upaya membantu Alimi untuk hampir sama dengan kanak-kanak yang lain....