Sepanjang hari rahimi suka mengusik alimi....geram betul....alimipun dengan keletahnya...tak duduk diam, asyik makan, pukul orang, alhamdulillah kesihatannya baik setakat ni...harap terus sihat....dialah "nur anugerah yang teristimewa" buat ju dan suami....dan percayalah alimi membuatkan ju tersedar anak-anak ju yang lain adalah anugerah yang teristemewa juga daripada Allah kepada kami biarpun ada banyak kekurangan dan kurang kelebihan....tapi ju sentiasa melihatnya tanda KESYUKURAN.
Cerite tentang pengalaman sehari-harian yang mencuit rasa yang mengamit perasaan serta mengimbau kenangan.
Wednesday, January 13, 2010
Mengusik Alimi
Sepanjang hari rahimi suka mengusik alimi....geram betul....alimipun dengan keletahnya...tak duduk diam, asyik makan, pukul orang, alhamdulillah kesihatannya baik setakat ni...harap terus sihat....dialah "nur anugerah yang teristimewa" buat ju dan suami....dan percayalah alimi membuatkan ju tersedar anak-anak ju yang lain adalah anugerah yang teristemewa juga daripada Allah kepada kami biarpun ada banyak kekurangan dan kurang kelebihan....tapi ju sentiasa melihatnya tanda KESYUKURAN.
Tuesday, January 12, 2010
Setengah Hari Di HKL - 12/1/10
Sampai aje di HKL berebut untuk pendaftaran. Siap daftar kena ke untuk Celeberal Palsy Clinic(CP Clinic)untuk booking angka giliran...Dapat je angka giliran terus pi Fisioterapi di tingkat 1 untuk exercise alimi.....aktiviti ni ambil masa 1 jam lebih. Siap kat fisioterapi bergegas naik ke tingkat 2 untuk appoiment di CP Clinic bersama team Dr. Khoo....bincang punya bincang, cerita punya cerita....dah setengah hari ni HKL ni...penat melayan alimi yang dah tak duduk diam memanjang...
Hasil Kerja Yang Kreatif
Friday, October 9, 2009
Kursus LADAP 10/10/09
Hari ini ada kursus ladap kat sekolah dari pagi hingga tengah hari. Penat you.... harap-harap boleh habis awal sebab hari ini nak p kenduri kahwin adik Razli dan malam nak pi rumah terbuka menteri pertahanan di putrajaya. Tak payah masaklah..jawapnya hari ini. Save baget...
Hari ini juga hari terakhir dapat jumpa GB sebab GB berpindah ke SK Putra Perdana. Harap guru besar baru dapat yang dapat memahami dan bertimbang rasa pada seluruh warga sekolah.
Hari ini juga hari terakhir dapat jumpa GB sebab GB berpindah ke SK Putra Perdana. Harap guru besar baru dapat yang dapat memahami dan bertimbang rasa pada seluruh warga sekolah.
Wednesday, June 17, 2009
MINGGU TERAKHIR CIT ALIMI
Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi program CIT dia. Bermacam-macam perkara dan peristiwa yang terjadi disepanjang 3 minggu ini. Yang pastinya bab makan alimi memang boleh guna tangan kanannya. Bab lain 2 berat sikit sebab pergelangan tangannya agak lemah...dan tak ada daya untuk angkat barang yang berat. Alimi suka sangat main dengan bola yang boleh kembang kencup ni...tak jemu tapi aktiviti lain...sekejap aje buat dah tergolek...Cik Siha dan Cik Zawiyah memang tak jemu layan kerenahnya. Semalam dan hari ini telah bertambah seorang lagi yang melayannya iaitu Brenden dari University di California. Seronok bermain dan buat aktiviti bersama Brenden sampai termuntah pula Alimi ni. Apa-apapun terima kasih semua kerana telah membantu alaimi begitu juga dengan GB dan Dr. Khoo yang memberi peluang dan ruang untuk menjadikan program ini berjaya dilaksanakan. Tq
Monday, June 8, 2009
Alimi CIT (Contrain Induce Movement Therapy) di HKL
Mulai 1 Jun 2009 hingga 19 Jun 2009 akan berlangsunglah terapi istimewa khusus untuk kanak-kanak terpilih termasuklah Alimi. 5 kanak-kanak dipilih untuk menjalani program ini tetapi 3 daripadanya tidak dapat menghadiri di saat akhir. Alimi akan berada 3 jam setiap hari (kecuali Sabtu & Ahad) untuk menjalankan terapi ini di unit pemulih cara. Akhirnya Alimi dan Idham yang menghadiri program ini. Program ini dikhususkan kepada anak-anak yang menghadapi masalah dengan tangan. Alimi kesnya lemah tangan kanan dan Idham pula lemah kedua-dua tangan. Untuk mengalakkan tangan yang lemah ini digunakan maka tangan yang aktif akan disiminkan untuk menghalang tangan yang aktif memonopoli sebarang aktiviti yang dijalankan. Itulah yang terjadi kepada Alimi dan terbalik pula kepada Idham kerana bukan tangan yang disimin tetapi kedua-dua kakinya yang disimin kerana semua aktiviti termasuk makan, tulis dan sikat rambut digunakan kakinya.
Dah seminggu berlalu, nasib baik cuti sekolah tapi penat gak boleh dikatakan setengah hari duduk di hospital. Sampai awal so sempat buat simulasi tangan di unit fisioterapi dan bergegas pula pukul 9.00 pagi ke unit pemulihan cara untuk CIT sampai pukul 12.00 tgh....macam-macam gelagat. Alimi bab belajar makan pakai tangan kanan ni memang suka..... maklumlah Cik Siha pula belanja makan setiap kali terapi.....ada hari makan jagung, ada hari nasi lemak sampai dah bolehlah Alimi makan dengan tangan kanannya yang kemas gengamannya menyebabkan banyak nasi yang tumpah daripada masuk ke mulutnya. Bila nasi dapat masuk ke mulutnya ....seronoknya Ju tak terkata.....
Di unit pemulihan cara kerja, kanak-kanak diajar untuk buat aktiviti harian yang dia perlu kuasai contohnya makan, minum, pakai baju, ambil barang, butang baju dan lain-lain tetapi di unit fisioterapi pula Alimi diajar untuk aktiviti asas untuk menguatkan tangan dan kaki secara umumnya sahaja. Kedua-dua aktiviti ini saling berkait dan perlu untuk memulihkan tangan dan kaki Alimi. Ju tak harap Alimi akan sama dari semua segi dengan kanak-kanak lain....tetapi sekurang-kurangnya ju dan suami akan sedaya upaya membantu Alimi untuk hampir sama dengan kanak-kanak yang lain....
Tuesday, March 10, 2009
CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL
Dah hampir 2 bulan ju tak menulis diblog. Sibuk dengan tugas dan kerja yang tak habis-habis di sekolah. Cuti baru ni ju, nor, ika, anis & adib pergi shopping sakan di jalan Masjid India menuju terus ke Sogo. Penat gak berjalan kaki dari satu kedai ke satu kedai mencuba tudung, blouse, beg tangan dan last sekali kasut mereh ika. Dari 11 pagi hingga 4 petang sampai rumah dengan anak-anak penat sungguh...tetapi tak apa sebab sekali sekala. Seronok gak dapat jalan-jalan ni...pulak tu...buat all the girls thing. Singgah kat Sogo pekena nasi ayam kesukaan nor kat situ dan ais batu kacang. Tak habis ais batu kacang simpan kat botol air ju....bawa punya bawa dah sampai kat kereta baru perasan botol air dah singgah kat salah satu kedai tadi....bye..bye le...malas nak pi ambil semula. Peringatan lain kali kalu nak shopping jangan beli dan bawa banyak barang...mesti ada yang tercicir punya...
Subscribe to:
Posts (Atom)