Monday, June 8, 2009

Alimi CIT (Contrain Induce Movement Therapy) di HKL






Mulai 1 Jun 2009 hingga 19 Jun 2009 akan berlangsunglah terapi istimewa khusus untuk kanak-kanak terpilih termasuklah Alimi. 5 kanak-kanak dipilih untuk menjalani program ini tetapi 3 daripadanya tidak dapat menghadiri di saat akhir. Alimi akan berada 3 jam setiap hari (kecuali Sabtu & Ahad) untuk menjalankan terapi ini di unit pemulih cara. Akhirnya Alimi dan Idham yang menghadiri program ini. Program ini dikhususkan kepada anak-anak yang menghadapi masalah dengan tangan. Alimi kesnya lemah tangan kanan dan Idham pula lemah kedua-dua tangan. Untuk mengalakkan tangan yang lemah ini digunakan maka tangan yang aktif akan disiminkan untuk menghalang tangan yang aktif memonopoli sebarang aktiviti yang dijalankan. Itulah yang terjadi kepada Alimi dan terbalik pula kepada Idham kerana bukan tangan yang disimin tetapi kedua-dua kakinya yang disimin kerana semua aktiviti termasuk makan, tulis dan sikat rambut digunakan kakinya.

Dah seminggu berlalu, nasib baik cuti sekolah tapi penat gak boleh dikatakan setengah hari duduk di hospital. Sampai awal so sempat buat simulasi tangan di unit fisioterapi dan bergegas pula pukul 9.00 pagi ke unit pemulihan cara untuk CIT sampai pukul 12.00 tgh....macam-macam gelagat. Alimi bab belajar makan pakai tangan kanan ni memang suka..... maklumlah Cik Siha pula belanja makan setiap kali terapi.....ada hari makan jagung, ada hari nasi lemak sampai dah bolehlah Alimi makan dengan tangan kanannya yang kemas gengamannya menyebabkan banyak nasi yang tumpah daripada masuk ke mulutnya. Bila nasi dapat masuk ke mulutnya ....seronoknya Ju tak terkata.....

Di unit pemulihan cara kerja, kanak-kanak diajar untuk buat aktiviti harian yang dia perlu kuasai contohnya makan, minum, pakai baju, ambil barang, butang baju dan lain-lain tetapi di unit fisioterapi pula Alimi diajar untuk aktiviti asas untuk menguatkan tangan dan kaki secara umumnya sahaja. Kedua-dua aktiviti ini saling berkait dan perlu untuk memulihkan tangan dan kaki Alimi. Ju tak harap Alimi akan sama dari semua segi dengan kanak-kanak lain....tetapi sekurang-kurangnya ju dan suami akan sedaya upaya membantu Alimi untuk hampir sama dengan kanak-kanak yang lain....

No comments:

Post a Comment