Wednesday, June 17, 2009

MINGGU TERAKHIR CIT ALIMI

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi program CIT dia. Bermacam-macam perkara dan peristiwa yang terjadi disepanjang 3 minggu ini. Yang pastinya bab makan alimi memang boleh guna tangan kanannya. Bab lain 2 berat sikit sebab pergelangan tangannya agak lemah...dan tak ada daya untuk angkat barang yang berat. Alimi suka sangat main dengan bola yang boleh kembang kencup ni...tak jemu tapi aktiviti lain...sekejap aje buat dah tergolek...Cik Siha dan Cik Zawiyah memang tak jemu layan kerenahnya. Semalam dan hari ini telah bertambah seorang lagi yang melayannya iaitu Brenden dari University di California. Seronok bermain dan buat aktiviti bersama Brenden sampai termuntah pula Alimi ni. Apa-apapun terima kasih semua kerana telah membantu alaimi begitu juga dengan GB dan Dr. Khoo yang memberi peluang dan ruang untuk menjadikan program ini berjaya dilaksanakan. Tq

No comments:

Post a Comment