Saturday, January 10, 2009

JUMPA KAWAN LAMA


Hari Khamis yang lepas, jue terserempak Sarina iaitu kawan yang sama-sama mengajar di sekolah tapi kini dah bertukar di sekolah yang lain. Banyak cerita tentang anak-anak yang kami bincangkan maklumlah kami mempunyai kelebihan yang sama iaitu mempunyai anak istimewa cuma mungkin kekurangnya mungkin tak sama. Bincang punya bincang sebenarnya ujian dan cabaran menjaga, mendidik dan menguruskan anak istimewa sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spiritual. Jue benar-benar kagum dengan semangat dan ketabahan dia dalam menjaga dan menguruskan anaknya Aiman. Jauh disudut hati jue, walaupun jue rasa amat susah menjaga dan menguruskan Alimi rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah dari jue. Jue patutnya bersyukur. Menjaga anak yang normal juga kadang kala mencabar kesabaran jue. Macam-macam kerenahnya. Benarlah Allah itu maha adil...ujian yang Allah beri kepada jue sama aje beratnya dengan ujian untuk orang lain cuma caranya tak sama. Apa yang menyebabkan kita rasa berat ujian itu diberi pada kita sebab kita asyik rasa ujian kita aje. Tetapi jika kita rasa ujian orang lain baru kita tahu....pahit, maungnya...

No comments:

Post a Comment